28 Ogos 2009

26 Ogos 2009

HerbaLife ShapeWorks


Adakah anda mengalami masaalah Obesiti?..Jika "Ya" anda baru sahaja menemui jalan yang terbaik untuk mengatasi masaalah itu iaitu HERBALIFE ShapeWorks,jika anda tidak pasti sila buat ujian di sini ( BMI check ) Sebenarnya saya adalah salah seorang yang mengalami masaalah obesiti sebelum ini dan ingin berkongsi cara2 untuk mengatasinya bersama anda.

Kenapa HerbaLife ShapeWorks?

Pernahkah anda mencuba Pil Diet?.Jika "tidak" saya ingin berkongsi pengalaman saya mengambil pil diet yang diberi nama "Duramin".Pil ini dapat menahan rasa lapar selama 2 hari (bergantung pada badan individu) dan saya dapat mengurangkan lebih dari 5Kg seminggu..Wow!.bagi saya inilah cara yang paling hebat tetapi dalam masa satu minggu itu badan saya berasa lemah,cepat mengantuk dan longlai..Kenapa?..Pil ini hanya dapat menahan lapar tetapi tidak membekalkan zat2 yang diperlukan oleh badan seseorang itu.Jika diambil dalam jangka panjang ianya boleh mendatangkan masaalah kesihatan yg serius.

Dengan HELBALIFE ShapeWorks anda hanya perlu membancuh 2 sudu besar produk tersebut dengan susu rendah lemak dan produk ini membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan anda dan secara tak langsung dapat menghilangkan selera makan dan lapar.Mengembalikan keseimbangan zat2 dalam badan supaya kita dapat bergerak aktif, walaupun kurang makan anda tetap bertenaga.HERBALIFE ShapeWork juga ada memberi jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari jika berat badan anda tidak dapat dikurangkan.

Jika anda tidak percaya cubalah produk ini dan anda akan dapat merasakan kesan sampinganya iaitu kulit menjadi halus dan lembut dalam masa 1 minggu dan anda tidak perlu risau kami akan memulangkan wang anda jika ia tidak memberi kesan.

Pemakanan seimbang

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan
yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan
.Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul.
Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan
lain-lain.
 
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama
yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat
menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan
oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos,
sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan
kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat
banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
     
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino.
Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang.
Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan
sedikit protein kelas pertama.
   
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang
diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh.
Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang
tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang
aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan
tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang
penting kepada penyatuan selaput sel.
    
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang
penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan
struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan
badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu
dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam
kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur
asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut
terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia
dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak,
vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
mendapatkan tenaga dari tubuh.

Serat atau serabut
dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan
sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting
untuk minum banyak air.

Kurus Langsing Sihat Cantik

TIP NO. 1 :
Ingat bila makan baca kalimah “bismillah” disusuli doa supaya makanan
yang dimakan akan menjadi berkat dan menyihatkan badan supaya kita dapat
beribadah menjalankan tanggungjawab terhadap tuhan, diri, keluarga &
masyarakat. Nikmat kesihatan adalah nikmat kedua selepas nikmat Islam.
Makan kerana Allah s.w.t. insyallah berkat.

TIP NO. 2 :
Ingat bahawa tayar spare yang terkumpul di sekeliling perut adalah
sebenarnya adalah makanan dari harta orang miskin yang kita telah
termakan. Banyaklah bersedekah…….

TIP NO. 3 :
Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. bila makan. Sila rujuk uku2 sunnah
rasullallah s.a.w.

TIP NO. 4 :
Makan ikut keperluan kalori. Waktu malam jangan makan benda berat2.
Malam nak guna tenaga apa…nak tidox saja..

TIP NO. 5 :
Cuba list down senarai makanan kegemaran kita. Check nilai kalori dan
kandungan kolestrolnya dari laman web NutriWeb.com
Persatuan Pemakanan Malaysia.

TIP NO 6 :
Cuba seboleh-bolehnya bersenam paling minimum 3 kali seminggu. Sekali 30
minit. Dan harus berpeluh. Bakar lemak & kalori yang tak digunakan.
Bersenam adalah WAJIB. Dapatkan nasihat doktor sblm bersenam.

TIP NO 7 :
Kurangkan lemak, gula, garam & kandungan kolestrol dalam menu pemakanan
harian. Ingat Piramid Makanan.

TIP NO 8 :
Kalau tak sempat nak cari masa bersenam. Cuba gunakan masa terluang
untuk kemas2 rumah, basuh kereta sendiri, naik tangga bukan naik lif di
pejabat, parking kereta jauh2 dan berjalan jauh sikit ke ofis. Aku dah
praktik benda ni…menakjubkan hasilnya.

TIP NO 9 :
Awas lemak tersembunyi di dalam cucox tradisional seperti cucox badak
(ada nyiox ~ lemak tepu), cookies (tinggi kandungan lemak menteganya),
roti canai (kalori tinggi yang tersembunyi). gulai santan dan lain2.

TIP NO 10 :
Seorang doktor cakap kat saya, protein terbaik dunia adalah protein
daripada kacang soya. Tukarkan pergantungan protein daripada sumber
berasaskan haiwan ke protein kacang soya spt. tauhu, tempe dll. Makan
dengan bijak.

TIP NO 11 :
Awas dengan junk food. Twisties (garam tinggi) , gula2 (gula tinggi),
cookies (mentega). Biskut Jacob adalah biskut yang terbaik dari segi
keseimbangan nutrisi. Tinggalkannya….haramkannya

TIP NO 12 :
Cuba berjinak-jinak dengan kepelbagaian sayox dan buah-buahan. Sumber
serat yang tinggi ini adalah back-bone untuk mengurangkan peratusan
kolestrol/lemak dalam darah yang berisiko untuk orang obes.

TIP NO 13 :
Cuba kumpulkan artikel2 kesihatan dan hal ehwal permakanan
sihat daripada akhbar2, majalah dan risalah kementerian kesihatan untuk
meningkatkan pengetahuan pemakanan bijak.

TIP NO 14 :
Cuba hindari minuman manis yang mempunyai warna, minuman bergas dan
minuman sejuk berais batu. Minum air suam dengan kadar 8 gelas sehari.

TIP NO 15 :
Jika anda mengamalkan Tip No 12. Kesannya adalah anda akan ke tandas
lebih kurang 2-3 kali sehari. Tanda sistem pencernaan cekap dan kentut
selalu tanda badan sihat.

TIP NO 16 :
Pergi berjumpa professional untuk mengenalpasti status kesihatan seperti
ujian tekanan darah, BMI, ujian kolestrol darah dan lain-lain parameter
jika perlu.

TIP NO 17 :
Jangan sekali-kali bergantung pada pil2 menguruskan badan yang kononnya
“miracle” sangat yang meletup di pasaran.
Pengalaman saya yang menggunakan product seperti ni telah menyebabkan
saya mengalami kecederaan yang hampir2 serius pada bahagian hati.
Sehingga sekarang saya masih menjalani terapi perubatan untuk masalah
ini. Habbatus-Sauda adalah suatu sumber yang Nabi Muhammad s.a.w. guna
untuk berubat. Saya menggunakan ini, alhamdullillah perkembangannya amat
memberansangkan.Guna yang tulen.

TIP NO 18 :
Amalkan menjilat madu lebah asli pada awal pagi (sebelum subuh) dan awal
malam. Paling baik dibacakan selawat syifa+doa-doa penawar dan selawat
ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Minta doa kepada Allah s.w.t. supaya badan
sihat utk beribadah dan mencari rezeki dll.

TIP NO 19 :
Anda seharusnya berwaspada jika anda selalu bergantung makan pada
makanan yang dibeli kerana makanan yang kita pilih dan beli yang di luar
biasanya makanan yang kita rasa sedap.
Biasanya peniaga akan membuboh Ajinomoto, Perasa terlebih dos dalam
makanan. Begitu juga minyak dan garam. Juga gula.
Boleh makan luar tapi pilih yang natural. Seperti Ulam2 dan ikan bakar.
Hindari makanan berminyak, berkicap, bersantan.

TIP NO 20 :
Berbaiklah dengan Doktor, Ahli Farmasi, Pakar Pemakanan, org-org yang
diberi ilmu tentang tabiat permakanan sihat dan kecergasan diri. Kita
memerlukan bantuan teknikal & khidmat professional mereka dalam
peperangan ini. Catatkan idea mereka.

TIP NO 21 :
Menjaga kesihatan pergigian dengan baik. Makanan mudah dicernakan jika
ianya dikunyah dengan selumat-lumatnya. Perut kita tidak terlalu
terseksa utk mencernakan ketul2 makanan yang dimakan. Lagipun ini akan
membantu kita menikmati kelazatan rezeki makanan yang Allah s.w.t.
kurniakan. Syukur Alhamdullilah.
Hikmahnya : Makanan yang sedikit jika diamalkan kunyah dengan betul,
kita akan cepat kenyang. Globul makanan yang lumat memberikan JUMLAH
LUAS PERMUKAAN bagi makanan yang ditelan itu. Tenaga yang maksimum dapat
dijanakan daripada nilai kalori makanan itu walaupun kuantiti makanan
kecil. Inilah yang dinamakan makan dengan bijak.

TIP NO 22 :
Cuba berpuasa sunnat Isnin Khamis. Awas…Puasa sunnat lillahitaala…KERANA
ALLAH TAALA bukan untuk nak kurus. Manakala hikmah daripada amalan
berpuasa tu salah satunya adalah kita akan kurus jugek. Badan pun sihat.

TIP NO 23 :
“Perut yang boroi adalah sarang penyakit” .

TIP NO 24:
Anda sebenarnya bukan dilahirkan untuk menjadi obes. Bahkan kita pernah
melalui titik di mana tahap kecergasan yang maksimum (fit), BMI normal,
lulus BFS (Body Fat Screening).
Obes ni adalah daripada tabiat pemakanan yang gilababylon dan tak
mengikut nilai nutrisi yang seimbang. Ubah gaya pemakanan anda.

TIP NO 25:
Orang Asia banyak penyakit kronik kerana TERLALU BANYAK makan
karborhidrat. Pagi nasi lemak, tgh nasik, malam nasik lagi.

TIP NO 26:
Bila masak makanan bergoreng di rumah jangan guna minyak “recycle” yang
sampai hitam warnanya. Lebih baik elak makanan bergoreng. Kalau nak
goreng jugek…cuba-cuba belajar menumis dengan menggunakan minyak zaitun.
Mahal beb….Tapi khasiatnya terlalu banyak dan sedang dijurnalkan
manfaatnya dengan banyak di Eropah.

TIP NO 27:
Tinggalkan merokok. Orang lelaki sensitif sikit bab ni. Jika anda sedang
merokok anda sedang mengotorkan paru-paru anda.
Cerita motivasi berhenti merokok. Hasil pemerhatiannya kajian Dr.
Fadzillah Kamsah. Orang yang merokok payah nak mengucap waktu nak mati
nanti. Ustaz Ismail Kamus adalah ulama yang menentang keras-sekerasnya
amalan merokok. Allah s.w.t. dah kurniakan pada kita paru-paru dan badan
yang sihat wal’afiat tetapi kita merosakkannya dengan bahan kimia
pembunuh dari rokok. Kita telah merosakkan nikmat yang Allah s.w.t.
kurniakan.

Sebenarnya adalah hak individu anda untuk memulakan peperangan ini atau
tidak. Walaupun anda seorang yang kurus jika anda tidak mengawal
pemakanan anda akan obes jugak. Jika anda orang obes dan gagal mengawal
tabiat pemakanan yang kurang menyihatkan, anda sebenarnya berada pada
status kesihatan yang AMAT MEMBAHAYAKAN. Jika anda merokok…AMAT-AMAT
MEMBAHAYAKAN.

TIP NO 28:
Selain daripada berkawan dengan professional dalam bidang perubatan,
pharmacist & pakar sains permakanan dan kecergasan diri. Kita hendaklah
mengambil tahu apa itu maksud perkataan yang bombastik dalam
permasalahan kesihatan seperti
KOLESTROL HDL, KOLESTROL LDL, TRIGLISERIDE, HOMOSISTENA,
ANTI-OKSIDAN, Co-Enzim Q-10 sedikit demi sedikit mendalami maksudnya.
Lama-lama secara tak langsung anda boleh belajar memahami anatomi
fizikal badan anda sendiri walaupun tak semahir Doktor Perubatan. Ada
faedahnya….Daripada dok baca majalah Mangga, Hai, URTV yang kurang
meyumbang pada perkembangan minda.

TIP NO 29 :
Masakan secara rebusan, panggang & microwave (walaupun sedang
diperdebatkan) LEBIH BAIK daripada masakan bergoreng berminyak-minyak.

TIP NO 30 :
Jangan selalu pergi ke KFC, McD, Pizza Hut. Semua makanan tu “heavy
metal” punya makanan. AWAS: Jika anda sedang memulakan peperangan ini
dan saya mengenali anda, saya akan cuba memancitkan tayar kereta anda
sewaktu anda berbaris membeli makanan di laluan DRIVE-THRU kat KFC.

TIP NO 31 :
Jika rumah anda tak dak tanah untuk berkebun. Anda terlalu sibok nak
jaga anak kecik kat rumah. Waktu ni…alat kecergasan fizikal statik spt.
dlm smart shop adalah benda yang wajib utk anda.Nak diharapkan anda
pakai kasut sport keluar berjogging awal pagi…huh..kirim salam. Beli
satu….Beli jangan tak beli. Anda sebenarnya boleh mengumpul duit
sebanyak dua-tiga-pat ratus jika anda kurangkan membeli makanan
fast-food yang mahal2.

TIP NO 32:
Bawa bekal ke pejabat. Jangan malu….Saya dah buat ni dengan penuh
disiplin walaupun kawan-kawan melayu pandang pelik kat saya. Korang tahu
aku biasa jumpa seorang jutawan cina yang umur 60 tahun lebih tapi
nampak muda dan sihat tuanpunya kilang padi bawa bekal makanan ke
pejabat dalam mangkuk bertingkat. Biasanya saya bawa sandwich bersalad,
3 biji buah zaitun, sebiji buah tin & sepotong buah-buahan tempatan &
air mineral. Nak malu apa…Anda tak akan hilang hidung anda jika anda
bawa bekal.

Buah Tin (Antara buah yang disebutkan dalam Al-Q). Bukan buah dalam Tin.

TIP NO 33 :
Ingat buah-buahan tempatan seperti betik, pisang adalah lebih baik
daripada buah epal, lai yang di import. Buah-buahan import ada chemical
pengawet tambah2 buah dari Thailand. Ini satu isu jugak. Makan pisang &
betik. Lagipun Vitamin C pun banyak dalam buah-buah ni.

TIP NO 34:
Jika anda sedang lapar pada waktu malam, maklumlah orang obes nak diet
jangan teringatkan nak makan macam2 spt. burger, mee goreng mamak, nasik
goreng, roti canai. Sebaliknya
makan Quaker Oat campox dengan milo-kosong (tanpa gula) + sedikit air.
Menu ni sangat-sangat baik untuk sarapan pagi. Serat tinggi yang bertenaga.

TIP NO 35:
Jangan duduk depan PC lebih 45 minit secara berterusan dalam sesuatu
masa. Jalan2 kat luar menyedut O2. Senaman lompat2 sikit2. Ianya gaya
kehidupan pasif yang amat-amat MEMBAHAYAKAN mental & fizikal jika
diamalkan secara berterusan selama beberapa tahun.

TIP NO 36:
Hasil pemerhatian saya yang belum dijurnalkan, hampir 85% drama melayu
MESTI ada slot makan nasi & minum teh tarik kat warung. Jarang sekali
ada slot waktu dok tengah senaman. Ini yang buat kita lapax waktu malam
sebab kekadang terpengaruh jugak dengan slot ni.

TIP NO 37:
Jika anda bersarapan pagi secara routine nasi lemak, roti canai, teh
tarik berbuih-buih power punya. Kemudian anda merokok.
Awas : Anda menjerumuskan diri anda dalam keadaan sangat-sangat bahaya.

TIP NO 38:
Jangan penuhkan almari dapur & peti ais dalam rumah anda dengan BEGITU
BANYAK STOK makanan tidak berkhasiat seperti ais krim, pizza, maggi dan
lain-lain makanan yang ada bahan pengawet.Pasti anda yang obes tu akan
menghabiskannya. I’m very-very sure.

TIP NO 39:
Belajar-belajarlah untuk membaca label nutritional contents sewaktu
membeli barang di supermarkat, kedai runcit dll.
Cuba teliti istilah kolestrol, lemak, gula, garam, MSG, nilai kalori utk
100 g boleh makan.

TIP NO 40:
Cuba banyakkan pergerakan. Jangan terlalu bergantung kepada remote
control TV. Cabut baterinya. Ianya membuatkan anda malas menggunakan
kalori dalam badan anda.

TIP NO 41:
Jika anda menggunakan orang gaji di rumah. Anda sebenarnya memang akan
bergantung kepadanya membuat itu ini. Sedikit sebanyak anda sekeluarga
akan jadi malas. Bukan tak boleh, tapi cuba2lah bergerak buat minuman
sendiri atau vacum ruang tamu sendiri.

TIP NO 42:
Kawal cara pemasakan isteri atau orang gaji anda. Tengok banyak mana
garam, gula, perasa yang digunakan.

TIP NO. 43:
Obesiti akan menyebabkan seseorang itu mudah dihinggapi oleh Penyakit
Darah Tinggi, Diabetes & Sakit Jantung. Jadi menu permakanan yang
terbaik untuk anda yang obes adalah menu utk orang darah tinggi,
diabetes & sakit jantung. Banyak sumber menu seperti ini di internet.
Harap dapat melayarinya.

TIP NO 44:
Jika anda obes, adalah amat berbaloi untuk mendapatkan meter tekanan
darah (Digital Blood Pressure Meter) berjenama Omron, Citizen dll. High
Blood Pressure sebenarnya berlaku secara tidak disedari. Sewaktu saya
obes dengan berat 113 kg dulu tekanan darah saya adalah 140/88
(Normal-High). Ini memang saya tidak sedari. Setelah 6 bulan berperang
hebat dengan penuh disiplin, tawakkal & doa berat saya 93 kg. syukur
alhamdullillah, segala puji bagi Allah s.w.t. tekanan darah saya
sekarang 116/63. Denyutan jantung : 60 – 80 denyutan per min. Dan saya
sudah dinasihati Dr. supaya menghentikan penggunaan ubat tekanan darah
tinggi. Hanya guna jika tersilap makan dan ada tanda2 darah tengah naik.
Faktor keturunan yang ada high blood pressure tidak boleh diabaikan.
Teori mengatakan kita boleh menerbalikkan risiko HBP dengan diet yang sihat.

TIP NO 45:
Orang obes amat tidak digalakkan untuk berada di tempat awam yang
terlalu ramai orang berkumpul & bersesak-sesak. Orang obes memerlukan O2
yang baik sebab jantung orang obes berkerja keras untuk menyalurkan
darah ke seluruh badan. Kekurangan O2 untuk orang obes sebenarnya
membahayakan.
Cuba elakkan diri daripada situasi sebegini.

TIP NO 46:
Gula adalah merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling
banyak dimakan dan boleh memudaratkan manusia. Ia tidak diperlukan diet
kerana tubuh menukarkan banyak makanan lain menjadi glukosa apabila
memerlukan tenaga. KURANGKAN GULA.